Saturday, January 17, 2015

PANAS!!!! Susuk Tubuh Menawan Katrina Kaif




















Susuk tubuh yang menawan serta pesona wajah cantik memberi kelebihan buat seseorang wanita itu menjadi perhatian dan pilihan utama untuk menceburi  pelbagai bidang.
Siapa yang tidak terkesima apabila melihat kecantikan yang dimiliki aktres terkenal Bollywood, Katrina Kaif. Wanita berdarah campuran India dan British ini dilihat mempunyai potensi besar untuk melebarkan sayapnya dari dunia lakonan terjun ke bidang politik.
Menerusi nurkilan di blog hakim mahkamah terkenal India Markandey Katju, Katrina adalah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Presiden terbaru di India kerana memiliki wajah yang cantik selain sikapnya yang cukup disenangi ramai.
“Saya lebih selesa jika India ditakbir oleh seorang wanita cantik lebih-lebih lagi jika individu tersebut adalah aktres. Lihat sahaja Presiden terbaru Crotia yang bakal ditadbir oleh Grabar-Kitarovic. Dia seorang wanita cantik dan bijak.
“Kecantikannya mampu menggetarkan hati seluruh warganegara Crotia sendiri,” tulis Markandey dalam artikel berjudul ‘Katrina Kaif For President of India’.
Tambah Markandey lagi, Katrina adalah alasan sebenar mengapa aktres lebih layak menjadi presiden kerana pemimpin yang bukan dari kalangan politik akan memberikan kesejahteraan tanpa memikirkan persaingan dan bagaimana cara menjatuhkan lawan mereka.

No comments:

Post a Comment