
Gimik tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai rata-ratanya menganggap tindakan Hairul Azreen sebagai cukup jantan dan macho kerana berani meluahkan rasa hati di depan khalayak ramai & tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan cara pelakon itu.
“Saya memang bercadang lamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meski pun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka” ujar Hairul Azreen
“Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik,” jelas Hairul Azreen lagi.
Bercakap kepada media selepas selesai majlis tersebut, Hairul Azreen turut menambah yang perbincangan secara serius akan dijalankan oleh kedua-dua belah pihak keluarga mereka dan jika boleh beliau mahu berkahwin pada tahun 2015 ini juga. Tahniah kami dahulukan kalian berdua...
No comments:
Post a Comment